Contact Us: +60 17-349 0959
Pasukan Kami
Pakar Menguruskan Perkhidmatan Logistik & Pengangkutan
Abdul Kadir
Pegawai Kewangan
Mohammed Ali
Ketua Pegawai Eksekutif
Ahmad Zabidi
Ketua Pegawai Operasi
Saiful Bahrin
Pegawai Operasi
Bagaimana Kami Menguruskan Kenderaan Anda!
Kami Memeriksa Jadual Kapal
Jika anda berminat untuk menghantar kenderaan, kami akan melakukan semakan jadual kapal bagi membantu anda menentukan tarikh penghantaran.
Semua Urusan Dilakukan Secara Dalam Talian
Jika anda bersetuju dengan tarikh kapal yang ditetapkan, anda perlu menghantar dokumen kenderaan seperti yang telah dinyatakan sebelumnya.
Relaks dan Nikmati Secawan Kopi
Kami akan menguruskan semua proses dari awal hingga akhir. Anda hanya perlu berehat dan memantau perkembangan penghantaran kenderaan anda.
Soalan Lazim (F.A.Q)
Dapatkan Maklumat Lebih Lanjut Melalui Soalan Lazim Kami.
Biasanya, penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia memakan masa sekitar 7 hingga 10 hari.
Tempoh ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan cuaca, proses dokumentasi dengan pihak kastam, pengurusan di pelabuhan, dan perjalanan kapal kargo.
Ya, kenderaan pelanggan akan dilindungi oleh Insurans Marin sepanjang perjalanan ke destinasi.
Insurans Marin ini memberikan perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan pengangkutan laut, termasuk kehilangan atau kerosakan pada kenderaan yang mungkin disebabkan oleh cuaca buruk, kebakaran, perlanggaran kapal, atau kejadian tak terduga lainnya selama perjalanan.
Untuk penghantaran kereta dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, berapakah anggaran kosnya?
◉ Kereta Penumpang: RM 2,260
◉ Kereta Komersial: RM 2,360
Untuk penghantaran kereta dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, berapakah anggaran kosnya?
◉ Kereta Penumpang: RM 2,010
◉ Kereta Komersial: RM 2,210
Ya! syarikat kami juga menguruskan penghantaran tempatan bagi wilayah Sabah & juga Sarawak. Harga boleh penghantaran tempatan boleh rujuk halaman harga ini.
Projek Kami Yang Terlaksana
Penghantaran Kenderaan ke Tawau
Mengendalikan penghantaran kereta dan motosikal dari Ipoh, Perak ke Tawau, Sabah menggunakan kapal RORO.
Penghantaran Barang ke Kuching
Dalam proses penghantaran perkakasan rumah dari Alor Setar, Kedah ke Kuching, Sarawak, kami akan menggunakan kontena 20 kaki.