Perkhidmatan Penghantaran

Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Semak Harga Terperinci Penghantaran Anda!

Semak Kos Penghantaran

Perkhidmatan Kami Tidak Ada Bandingannya

Hantar Kereta ke Sarawak Sabah & Semenanjung

Motorsikal

Semua Jenis Motorsikal

Kereta Penumpang

Kereta Saloon, Myvi, Wira, Viva, Waja, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Kancil, Waja, Iriz, Kelisa, Axia, dan jenis-jenis kereta yang serupa.

Kereta Komersial

SUV, MPV, Kembara, 4X4, Vellfire, Avanza, Alphard, Double Cab, Van, Hilux, Triton, dan jenis-jenis kenderaan yang serupa.

Mahu Menghantar dengan Segera!

Sila sediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk proses semakan sebelum membuat tempahan penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak melalui kapal.

  • Salinan Kad Pengenalan (I/C), Bahagian Depan dan Belakang
  • Salinan Geran Kenderaan (Semua Halaman)
  • Salinan Polisi Insurans (Untuk Kenderaan yang Bebas daripada Pinjaman)
  • Surat Kebenaran Pelepasan dari Bank (Jika Kenderaan Masih Dalam Tempoh Ansuran Pembayaran)
Senarai Dokumen (Utama) - RentakaLogistics

Hantar Kereta ke Sabah Sarawak Melalui Kapal RORO (Roll On/Roll Off)

Kapal RORO hanya mengangkut kenderaan. Anda boleh meletakkan sedikit barang di dalam kenderaan anda, asalkan dibungkus dengan rapi. Namun, syarikat kami tidak menggalakkan pengangkutan barang berharga atau barang peribadi dalam kenderaan pelanggan. Sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan, atau kecurian, pelanggan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas risiko tersebut.

Hantar Kereta ke Sarawak Sabah Menggunakan Kontena

Penghantaran menggunakan kontena membolehkan barangan anda dimuatkan bersama-sama dengan kenderaan. Proses penghantaran ini mengambil masa yang sedikit lebih lama berbanding dengan penggunaan kapal RORO.

Penghantaran akan mengambil masa antara 30 hingga 45 hari, bergantung pada keadaan di pelabuhan.

Prosedur untuk Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Cara Kami Menguruskan Kenderaan Anda!

Kami Memeriksa Jadual Kapal

Jika anda berminat untuk menghantar kenderaan, kami akan melakukan semakan jadual kapal bagi membantu anda menentukan tarikh penghantaran.

Semua Urusan Dilakukan Secara Dalam Talian

Jika anda bersetuju dengan tarikh kapal yang ditetapkan, anda perlu menghantar dokumen kenderaan seperti yang telah dinyatakan sebelumnya.

Relaks dan Nikmati Secawan Kopi

Kami akan menguruskan semua proses dari awal hingga akhir. Anda hanya perlu berehat dan memantau perkembangan penghantaran kenderaan anda.

Vehicle Transit Centre (VTC)

Northport (Malaysia) Bhd

Pelanggan Penghantaran Kenderaan

Galeri Gambar Pelanggan

Maklum Balas Pelanggan

Alhamdulillah 🤲, kenderaan saya telah selamat sampai tanpa masalah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Kadir dari syarikat Rentaka kerana telah memudahkan urusan saya dan kerap mengemaskini saya melalui WhatsApp mengenai status penghantaran kereta saya. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan cemerlang ini. Syabas!! 👍

Abdul Haizad

Abdul Haizad

Pelanggan

Pengalaman menghantar kereta ke Sabah Sarawak melalui syarikat Rentaka sangat memuaskan. Saya sangat mengesyorkan menggunakan servis mereka kerana prosesnya yang mudah, telus, dan harga yang berpatutan berbanding dengan syarikat lain. Terima kasih kepada saudara Saiful yang telah menguruskan kenderaan saya dengan baik. 😊

Mohd Amin

Mohd Amin

Pelanggan

Perkhidmatan dari syarikat Rentaka adalah sangat terbaik 👍🏻👍🏻. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Zabidi kerana telah memudahkan proses penyediaan dokumen yang diperlukan dan juga atas usahanya dalam memastikan kereta saya sampai dengan selamat ke Semenanjung.

Mohd Razni

Mohd Razni

Pelanggan

Maersk Line
Maersk Line
Giga Maritime
Giga Maritime
Soalan Lazim

Soalan Lazim Rentaka

Dapatkan Maklumat Lebih Lanjut Melalui Soalan Lazim Kami.

Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak, dan Semenanjung?

Biasanya, penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia memakan masa sekitar 7 hingga 10 hari.

Tempoh ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan cuaca, proses dokumentasi dengan pihak kastam, pengurusan di pelabuhan, dan perjalanan kapal kargo.

Apakah kenderaan saya akan dilindungi oleh Insurans Marin semasa proses penghantaran?

Ya, kenderaan pelanggan akan dilindungi oleh Insurans Marin sepanjang perjalanan ke destinasi.

Insurans Marin ini memberikan perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan pengangkutan laut, termasuk kehilangan atau kerosakan pada kenderaan yang mungkin disebabkan oleh cuaca buruk, kebakaran, perlanggaran kapal, atau kejadian tak terduga lainnya selama perjalanan.

Berapakah kos untuk menghantar kereta ke Semenanjung Malaysia?

Untuk penghantaran kereta dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, berapakah anggaran kosnya?

◉ Kereta Penumpang: RM 2,260
◉ Kereta Komersial: RM 2,360

Untuk penghantaran kereta dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, berapakah anggaran kosnya?

◉ Kereta Penumpang: RM 2,010
◉ Kereta Komersial: RM 2,210

Apakah syarikat Rentaka juga menguruskan penghantaran kereta dari Sabah ke Sarawak?

Ya! syarikat kami juga menguruskan penghantaran tempatan bagi wilayah Sabah & juga Sarawak. Harga boleh penghantaran tempatan boleh rujuk halaman harga ini.

Call kami sekarang: +60 19-702 8064

Adakah anda bersedia untuk menghantar kenderaan?

👋 WhatsApp Us?